Jabatan Bendahari,
Bangunan Canselori,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang.

Waktu Operasi ePayment

Transaksi Hari Biasa
01.00 am - 11.30 pm
Malaysia Time Zone (UTC+08:00)
 
Transaksi Hujung Bulan/Hujung Tahun
01.00 am - 11.59 am
Malaysia Time Zone (UTC+08:00)

TERMA PERKHIDMATAN

Terma perkhidmatan berikut telah dikenalpasti bagi menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
a) Had Bayaran
 
Pembayaran minimum adalah RM5.00 per transaksi.
b) Caj Perkhidmatan
 
Tiada caj perkhidmatan dikenakan ke atas bayaran yang dibuat. Sekiranya wujud sebarang caj, sila rujuk kepada bank pelanggan atau bank pengeluar kad kredit pelanggan untuk maklumat lanjut.
c) Pengesahan Bayaran
 
Pelanggan akan menerima pengesahan apabila transaksi yang dilakukan berjaya. Pengesahan tersebut boleh dicetak atau disimpan sebagai bukti bayaran. Pelanggan perlu mengemukakan bukti bayaran untuk sebarang urusan dengan USM.
d) Pengemaskinian Akaun
 
Maklumat bayaran akan dikemaskini ke akaun dalam tempoh 2 hari bekerja. Pelanggan boleh menyemak baki terkini di Jabatan Bendahari USM selepas tempoh tersebut.
e) Keselamatan dan Kerahsiaan
 
Portal ini mempunyai perlindungan Securecode ® dan Secure Socket Layer (SSL) dan mendapat jaminan Mastercard Securecode dan Verified By Visa. Semua maklumat yang diberikan akan dirahsiakan.