Jabatan Bendahari,
Bangunan Canselori,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang.

Waktu Operasi ePayment

Transaksi Hari Biasa
02.00 am - 10.30 pm
Malaysia Time Zone (UTC+08:00)
 
Transaksi Hujung Bulan/Hujung Tahun
02.00 am - 11.59 am
Malaysia Time Zone (UTC+08:00)

POLISI KEMUDAHAN ePayment

Pengenalan

Kemudahan ePayment merupakan salah satu inisiatif Jabatan Bendahari Universiti Sains Malaysia dalam mempelbagaikan mod pembayaran yang ditawarkan. Kemudahan ini ditawarkan kepada segenap lapisan masyarakat umum bagi memenuhi keperluan semasa dalam memastikan proses pembayaran yang dilakukan adalah cekap, selamat, mudah dan kos efektif.
Sebagai langkah untuk memastikan kemudahan yang ditawarkan adalah memenuhi keperluan semasa semua pihak, Jabatan Bendahari USM telah membangunkan Polisi Kemudahan ePayment (“Polisi”), yang bertujuan untuk:
1. Memberi gambaran kepada kemudahan yang ditawarkan agar dapat digunakan tanpa mengalami sebarang kesulitan.
2. Menggalakkan penggunaan teknologi dalam urusan bayaran kepada Universiti dalam memastikan bayaran dibuat secara efektif dan efisien.
Polisi ini menggariskan :
1. Kemudahan ePayment
2. Pembatalan Bayaran dan Pembayaran Balik
3. Aduan berkaitan perkhidmatan / kemudahan
4. Perubahan kepada polisi

Kemudahan ePayment

a) Perbankan Internet (FPX)
 
Pelanggan perlu mengaktifkan akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX.
b) Kad Kredit MasterCard/Visa
  Pelanggan perlu mengaktifkan keupayaan pembayaran menggunakan kad kredit atas talian. Pengaktifan kemudahan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat bank pengeluar kad kredit.

Pembatalan Bayaran dan Pembayaran Balik

a) Pembatalan Bayaran
 
Pembatalan bayaran terhad ke atas kemudahan kad kredit Mastercard/Visa. Pembatalan ini boleh dibuat dalam tempoh 24 jam dan tertakluk kepada waktu bekerja USM Kampus Induk.
Pelanggan perlu menghubungi Jabatan Bendahari USM Kampus Induk untuk pembatalan.
Pelanggan perlu merujuk kepada Polisi Pembayaran Balik sekiranya ingin membuat pembatalan di luar daripada tempoh yang ditetapkan.
b) Pembayaran Balik
 
Pelanggan boleh menuntut kembali wang yang tersilap bayar dalam ePayment dengan mengemukakan dokumen berikut:-
i) Borang Tuntutan Bayaran Balik dari pembayar dan sebab silap bayar
ii) Salinan pengenalan diri yang sah
iii) Salinan Penyata Bank atau muka pertama Buku Bank
USM akan membuat bayaran balik kepada pembayar setelah menerima dokumen lengkap dalam tempoh 14 hari. Amaun tuntutan akan ditolak sebanyak 1.8% di atas kos perbankan yang ditanggung USM dan lain-lain kos berkaitan, sekiranya ada.

Maklumbalas

Kemudahan atas talian disediakan kepada pelanggan untuk memberi maklumbalas mengenai ePayment.
USM akan memberi maklumbalas kepada pelanggan dalam tempoh 2 hari bekerja selepas menerima maklumat tersebut. Sekiranya tiada maklumbalas diberikan selepas 2 hari bekerja, pelanggan boleh membuat aduan di eSupport atau terus menghubungi Jabatan Bendahari USM Kampus Induk.
Andaikata semua sumber di atas masih tidak memberi maklumbalas sewajarnya, pelanggan boleh terus berhubung dengan Pejabat Perhubungan Awam USM.
Sekiranya maklumbalas yang diterima daripada sumber-sumber di atas masih juga tidak memuaskan, maklumbalas lanjut boleh di buat terus kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri.

Perubahan kepada Polisi

USM berhak untuk menyemak semula dan meminda isi kandungan polisi dari masa ke semasa sekiranya perlu bagi memastikan ianya relevan dengan kemudahan yang ditawarkan. Sebarang perubahan yang dibuat akan dihebahkan melalui medium yang dirasakan sesuai untuk maklumat umum.