Jabatan Bendahari,
Bangunan Canselori,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang.

Waktu Operasi ePayment

Transaksi Hari Biasa
01.00 am - 11.45 pm
Malaysia Time Zone (UTC+08:00)
 
Transaksi Hujung Bulan/Hujung Tahun
01.00 am - 11.59 am
Malaysia Time Zone (UTC+08:00)

DASAR PRIVASI DAN KESELAMATAN

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar mel elektronik yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui menu/borang yg telah disediakan. Maklumat perbankan/kad kredit anda tidak akan disimpan oleh Universiti Sains Malaysia. Maklumat yang dikumpul hanya akan digunakan bagi tujuan pemprosesan bayaran yang dibuat sahaja.

Maklum Balas, Pertanyaan atau Aduan

Universiti Sains Malaysia amat mengalu-alukan maklumbalas anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam laman web ini, sila maklumkan melalui ruangan Maklumbalas kami. Maklumbalas, pertanyaan atau aduan anda akan diajukan kepada pihak yang berkenaan.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemaskini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

KESELAMATAN ATAS TALIAN (ONLINE)

Komunikasi dan transaksi elektronik merupakan komponen penting dalam penyampaian perkhidmatan Universiti Sains Malaysia. Namun begitu kebaikan transaksi atas talian juga boleh menimbulkan risiko penipuan. Ejen pengutip hutang yang dilantik oleh Universiti Sains Malaysia sahaja boleh membuat tuntutan ke atas hutang. Jika ada sebarang keraguan ke atas ejen berkenaan, anda boleh menghubungi Universiti Sains Malaysia untuk pengesahan.
Universiti Sains Malaysia sentiasa komited untuk menjamin keselamatan aktiviti atas talian anda, namun begitu anda harus sentiasa berwaspada.
Kaedah yang digunakan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab untuk memperoleh maklumat yang dinginkan selalu berubah, oleh itu Universiti Sains Malaysia akan mengumumkan jenis-jenis penipuan yang dikenalpasti dari masa ke semasa. Risiko utama melibatkan tuntutan bayaran palsu melalui mel elektronik,oleh itu Universiti Sains Malaysia sentiasa memantau sistem dan mengawal rekod daripada sebarang akitiviti penipuan.

Melaporkan aktiviti mel elektronik palsu kepada Universiti Sains Malaysia

Jika anda menerima mel elektronik yang tidak dialamatkan kepada anda secara tepat dan kemudian meminta anda untuk klik pada pautan , mendedahkan butiran peribadi atau membuat bayaran yang mencurigakan , anda mungkin akan terdedah dengan anasir penipuan dari laman palsu.
Jika anda telah menerima mel elektronik daripada Universiti Sains Malaysia yang anda berasa sangsi / penipuan, sila kemukakan mel elektronik tersebut ke hasil@usm.my
Tindakan akan diambil di atas setiap aduan yang diterima.