Jabatan Bendahari,
Bangunan Canselori,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang.

Waktu Operasi ePayment

06.00 am - 11.00 pm
Malaysia Time Zone (UTC+08:00)

Selamat datang ke laman ePayment

ePayment adalah satu kemudahan bayaran atas talian yang dibangunkan untuk membolehkan pelanggan-pelanggan USM membuat bayaran ke atas perkhidmatan yang telah diberikan.

Pelanggan USM

Kategori pelanggan-pelanggan USM adalah seperti berikut:-
  • Pelajar USM
  • Staf USM
  • Individu/Organisasi luar yang menerima perkhidmatan USM

Kategori Pembayaran

Pembayaran yang boleh dibuat menggunakan ePayment pada masa ini adalah:-
  • Yuran pengajian
  • Yuran penyertaan
  • Yuran kemasukan
  • Penambahan kategori akan dibuat dari masa ke semasa mengikut keperluan

Kemudahan ePayment

Perkhidmatan ePayment ini hanya membenarkan transaksi dalam matawang Ringgit Malaysia (MYR) melalui kemudahan:-
(a) perbankan internet (FPX)
 
Pelanggan perlu mengaktifkan akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX seperti berikut:-
Bank Islam CIMB Bank Hong Leong Bank Public Bank Maybank RHB Bank
 
(b) kad kredit MasterCard/Visa
 
Senarai Bank
Kaedah ini adalah selamat dan mudah digunakan dengan jaminan Mastercard Securecode dan Verified By Visa

Had Bayaran

Bayaran minimum bagi setiap transaksi adalah RM5.00.

Caj Perkhidmatan

USM tidak mengenakan sebarang caj perkhidmatan ke atas bayaran yang dibuat oleh pelanggan. Sekiranya wujud caj, sila rujuk kepada bank pelanggan atau bank pengeluar kad kredit pelanggan.

Peringatan Penting:
  • Sentiasa menaip https://epayment.usm.my/ untuk mengakses kepada laman ePayment ini.
  • Sentiasa memeriksa dan memastikan terdapat ikon mangga di hujung taskbar.
  • Pelanggan adalah digalakkan untuk membaca manual pengguna dengan teliti untuk mengelakkan sebarang kekeliruan atau gangguan semasa transaksi.
  • Bagi memastikan transaksi adalah selamat, pelanggan perlu mematikan Pop-up Blocker bagi membenarkan pop-up window untuk laman ini.